Pirates Of The Caribbean Kembali Dengan Sentuhan Hebat


Siapa yang sudah menonton siri terbaru Pirates Of The Caribbean ini pastinya berpuas hati melihat sedutan epik dan mantap bagi siri yang terbaru ini (Salazar's Revenge). Dengan watak utama Jack Sparrow yang dilakonkan tidak lain lagi Johny Depp masih lagi dapat membawa penonton untuk mendalami filem ini ... Disini admin nak ulas sedikit sebanyak tentang filem menarik ini ...


1. Watak Jack Sparrow yang masih mengasyikkan


 Memang tidak dapat dinafikan lagi pelakon hebat Johny Depp yang sinonim dengan watak Jack Sparrow dalam filem Pirates Of The Caribbean memang menarik perhatian peminat, bagaikan watak Jack Sparrow iaitu seorang lanun yang sambilewa, pemabuk dan agak kelakar ini dengan Johny Depp.Jika anda yang belum menonton siri kali ini pasti anda akan tertunggu - tunggu setiap aksi jack sparrow yang tidak disangka .. Dalam siri kali ini, watak jack sparrow muncul agak lambat untuk mendahulukan permulaan cerita ini.. Namun apa yang mengejutkan adalah kemunculan Jack Sparrow yang tidak dapat diduga apabila watak ini muncul apabila sebuah demostrasi pertunjukan sebuah kotak besi yang mana jack tidur dalam keadaan mabuk didalamnya . Ini membuatkan permulaan bagi kemunculan Jack menarik dan kelakar..

2. Gandingan Baharu  Carina dan Henry
Keberanian pengarah Joachim Ronning untuk menambah gandingan watak Carina Smyth (Kaya Scodelario) dan Henry (Brenton Thwaites) adalah satu cara yang hebat untuk menggantikan pasangan sebelum ini iaitu Will Turner dan Elizaberth .. 
Pertemuan yang tidak dirancang bagi pasangan ini telah membuka jalan cerita bagi permulaan pengembaraan baru Jack Sparrow untuk mencari Poisedon yang dikatakan boleh menghapuskan semua sumpahan diatas lautan .. Ditambah dengan kelebihan Carina seorang pakar matematik telah mengkaji buku yang telah ditinggalkan oleh ayahnya sejak kecil, buku tersebut adalah petunjuk bagi sebuah peta untuk sebuah pulau namun peta itu tidak dapat dibaca oleh sesiapa. Manakala Henry Turner iaitu anak kepada Will Turner telah berusaha sejak kecil untuk menamatkan sumpahan yang terkena pada ayahnya itu, Henry mengkaji banyak perkara yang dianggap mitos bagi lanun lain untuk mencari sebuah penyelesaian.

3. Kemunculan Jack Sparrow remaja
Sedutan menarik dalam filem kali ini adalah apabila menampilkan Jack Sparrow ketika masih muda, sedutan ini menunjukkan bagaimana Jack Sparrow bermula menjadi seorang ketua lanun dan mengalahkan captain Salazars sehingga membawa kapal mereka masuk kedalam Devils Triangle.
Apa yang menariknya watak Jack Sparrow berjaya dimuda kan dengan bantuan CGI. 
Tapi nampak memang macam Johny Depp masa dia muda-muda dulu.

4. Capt Salazar yang menggerunkan
Bayangkan apabila orang mati bangkit untuk membalas dendam.. Ia adalah satu elemen yang hebat yang mana dalam siri Pirates Of The Caribbean : Dead Men Tell No Tales ini membangkitkan satu watak jahat saya anggap cukup hebat iaitu Capt Salazar yang berjaya lepas dari Devil Triangle dan berusaha untuk membalas dendam terhadap Jack Sparrow . Watak Capt Salazar yang dimainkan oleh Javier Bardem berjaya dibawa dengan mantap. Sifat ganas dan tiada belas kasihan ini cukup mwnarik ditambah lagi dengan watak seorang zombie menambah lagi kegerunan dalam filem ini.

5. Belayarnya Semula The Black Pearl
Walaupun mungkin bagi yang lain ia tak berapa feel pun sebenarnya tapi bagi kembalinya semula Black Pearl ini adalah satu adegan yang menarik yang mana botol yang menyimpan black Pearl telah dipecahkan oleh Hector Barbossa. Apa yang menariknya ialah bagaimana Kapal itu membesar akan membuatkan anda tergelak sakan apabila menyaksikannya ..

P/S Secara keseluruhannya filem adalah menarik bagi pandangan saya kerana banyak elemen menarik, aksi dan kelakar yang membuatkan penonton tidak berasa bosan untuk menonton setiap saat filem ini dimainkan .. Tapi bagaimana pula jika ini adalah siri yang terakhir bagi Pirates Of The Caribbean walaupun ada desas desus yang mengatakan ini adalah siri penutup namun admin harap director filem mendapat cara bagaimana untuk menyambung lagi siri ini ...Sebab best betullah , so admin bagi 7/10 untuk filem ini ...


Comments