Diri Kita Dengan Muzik

Assalammualaikum, Hye

Hari ni mau sambang pasal minat kita terhadap sesuatu muzik itu. Semua orang minat muzik, betulkan ??
Siapa yang x minat muzik, sebab muzik nie boleh membawa kita ke sesuatu alam yang lain, merangsang permikiran kita dan pelbagai lagi kesan dari muzik ini.

Muzik ada banyak genre, dan banyak tema. Contoh tema yang saya maksudkan itu ialah seperti Cinta, semangat, patriotik, keagamaan dan banyak lagi laaa. Genre tue bergantung kepada orang laaaa. Ada orang minat genre lagu yg slow sikit, ada juga yg minat progressive dan ada yg minat yg rancak sampai boleh menari..

Kalo macam saya nie minat yang jenis yang pelbagai tapi kena ikut situasi laaa .. Kekadang saya akan buka lagu yang saya minat tue dan menghayatinya sampai kekadang tue ternangis saya dibuatnya.. Kalo ikut minat saya sekarang nie saya minat dengan satu band nie iaitu 'Pierce The Veil' mungkin tak terlalu terkenal laa bagi umum tpi bagi peminat altrenative press music sprti saya nie mungkin mengenalinya..

Stail lagu yang mereka bawa adala post hardcore, progressive rock dan punk. Ahli mereka terdiri dari
Vocal & Guitarist - Vic Fuentes
Bassist - Jaime Preciado
Lead Guitarist - Tony Perry
Drummer - Mike Fuentes
 Mungkin nampak kasar sikit tapi lagu2 diorang nie saya suka sebab majoritinya adalah berkaitan dengan cinta, kehidupan dan friendship. Jika saya hayati betul2 lagu diorang nie saya boleh terbawa-bawa perasaan saya kepada lagu mereka. Yg paling best diorang nie lagu2 mereka semua mempunyai lirik yang mendalam yg sampaikan penulis sja yang faham.. Sampai sekarang nie saya follow diorang nie.. Kawan2 saya prnah juga kata pada saya "minat pun lagu yang tidak terkenal" tpi bagi saya kepopuran itu tidak penting cuma bagaimana kita meminati kepada sesuatu muzik itu. Mungkin orang lain lagu mereka tidak best, melodi pun xbest atau bla bla bla.. Tpi percayalah once kau dah minat, semua lagu mereka kau akan rasa best itulah orang kata "tak kenal maka tak cinta"

Saya pun percaya yang korang pun ada minat dan persepsi tersendiri pada muzik dan itu perlu dihormati. Kerana muzik nie yg menghiasi kehidupan. Byangkan satu hari tanpa muzik best ka ??? Sedangkan kau buka laptop pun ada lagu intro tue kann...

Btw, sapa yang tidak kenal dengan band duo dari aliran Altrenative Press Music seperti Twenty One Pilots ??

Nie juga adalah salah satu band kegemaran saya.. Gabungan daripada dua orang Tyler Joseph - Vocal & Instrument dan Joshdun -Drummer. Diorang nie dulu xlah sepopular sekarang nie tapi dengan usaha mereka mencipta karya2 yang hebat dan beberapa kali mencipta album dan album latest diorang ialah Blurryface sehinggalah juga menang banyak award yang besar2 lagi tue. 
Mereka mempunyai personaliti dan keunikan yang tersendiri yg mungkin xda pada band yg lain membuatkan mereka disegani di dunia hiburan. 

Lagu2 diorang pun terbaik dan apa yang menarik pada lagu2 mereka nie semuanya berkisarkan tentang kehidupan dan motivasi. Saya kalo baca lirik diorang nie terus masuk dalam hati sebab kekadang ter deep sndiri... hahaha

Saya tulis blog kali nie bukan nak tunjukkan minat saya kepada korang tpi sebaliknya adalah utk menyampaikan mesej kpda korang bahawa minat kita trhadap muzik itu bgaimana ?? Kita xprlu nak pandai menyanyi tpi sekurang-kurangnya kita perlu laa mengambil sesuatu moral dalam apa yg kita minat utk dibawa dalam kehidupan kita...

Terima Kasih kerana sudi membaca kalo xsibuk boleh laa comment dan bagi pendapat korang yerr

Comments