5 Pusat Pelancongan Terpelik Di Dunia



Siapa yang tidak suka melancong ??


Semua kita suka untuk pergi melancong sehinggakan ada sesetengah sanggup untuk mengeluarkan wang yang banyak untuk pergi melancong ke tempat - tempat yang menarik dan ada juga yang suka melancong kerana menganggap melancong dapat menghilangkan rasa stress ataupun release tension dari bekerja.

Tapi siapa diantara kita yang minat untuk mencari tempat melancong yang pelik dan unik ?? Kalau ada diantara yang berminat di sini saya akan menyatakan beberapa tempat pelancongan yang unik dan pelik tetapi mungkin menarik bagi sesetengah orang.






5. SPA WINE MERAH (Yunessun Spa)




Di Jepun, ada tempat spa yang unik bernama yang berada di Hakone. Jika spa yang kebanyakan hanya menawarkan air hangat dari gunung, tidak begitu dengan spa di sini. Air yang digunakan untuk berendam menggunakan bahan cair yang tidak biasa, yakni wine, kopi, sake, dan teh hijau.
Penggunaan bahan cair yang biasa jadi minuman itu dipilih kerana diyakini manfaatnya akan baik jika digunakan untuk berendam.

Wine? Minuman berasaskan anggur yang difermentasi ini dipercayai mampu memberi nafas baru kulit dan disebut-sebut menjadi salah satu rahsia kecantikan Cleopatra. Menurut legenda, ratu dari Mesir ini sering berendam di air yang berasal dari anggur. Tak heran, kecantikannya begitu melegenda hingga sekarang.

Jadi jika anda seorang yang minat dengan wine maka bolehlah datang ke Jepun dan nikmat spa wine nie ..



4. LUMPUR GUNUNG BERAPI (Pulau Tiga Di Sabah)


Pada tahun 1978, Pulau Tiga diwartakan sebagai Taman Laut, yang meliputi kawasan seluas 158 KM persegi (96% adalah laut kaya dengan terumbu karang). The Park terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Pulau Tiga (Survivor Island) yang merupakan pulau utama, Pulau Kalampunian Besar (Sands Spit Island) dan Pulau Kalampunian Damit (Pulau Ular). Untuk melawat Pulau Tiga, hanya memandu 2.5 jam, kira-kira 114 KM dari bandar Kota Kinabalu (KK) ke bandar Kuala Penyu, kemudian mengambil 20 minit perjalanan dengan bot untuk sampai ke pulau 15 KM jauh.

Didalam Pulau Tiga terdapat satu tempat iaitu Mud Volcanoe. Sebuah tempat yang untuk pengunjung datang bermandi lumpur gunung berapi. Lumpur gunung berapi ni adalah berasal dari sebuah gunung berapi yang tidak lagi aktif tetapi masih lagi mengeluarkan haba. Dikatakan juga bermandi lumpur adalah satu cara untuk menyihatkan dan mencantikkan kulit badan kerana khasiatnya.
Jadi siapa rasa berminat nak mem flawless kan kulit tu bolehlah datang bermandi lumpur di Pulau Tiga nie ..




3. TAMAN TEMA NERAKA (Thailand)
Image result for taman tema neraka di thailand


Agama mana yang tidak percaya kepada syurga dan neraka ?? Rata-rata semua agama mempercayainya. 
Di thailand terdapat satu taman tema yang berkonsepkan kesengsaraan di neraka. Taman Tema Neraka ini menunjukkan kepada pengunjung tentang gambaran tinggal di neraka. 
Di sini anda boleh melihat bagaimana penganut Buddha yang tak beriman akan dihukum di neraka kelak. Mereka yang suka mencuri akan menjadi monyet. Yang suka berbohong akan disumpah menjadi katak. Gambaran penyeksaan yang kejam juga ditunjukkan. Ada patung lelaki yang kantung zakarnya dimakan anjing. Ada yang ditikam di perut. Taman teman ini dibuka bagi mengingatykan orang ramai supaya berbaik-baik semasa hidup. Memang cukup seram bagi si pendosa.

Image result for taman tema neraka di thailand

Jadi kalau anda rasa sudah cukup dengan nikmat dunia ini cubalah datang ke sini untuk merasa takut dengan kehidupan yang seterusnya.

Jadi kalau korang rasa korang ni banyak buat dosa, datanglah ke sini supaya kasih insaf sikit diri itu. Tapi kalau tak pandai insaf tu entahlah nak kata macam mana kann..










2. PULAU ANAK PATUNG (Isla de las Munecas)
Image result for pulau anak patung di mexico

Pulau terpencil yang terletak di satu kawasan berpaya di Mexico dianggap berhantu dan dipenuhi ratusan anak patung yang menyeramkan. Untuk sampai ke pulau ini, pengunjung perlu menaiki perahu dari Mexico City selama dua jam melalui terusan yang berliku.

Di Pulau ini terdapat banyak sekali anak patung yang menyeramkan. Anak patung ini bukan sahaja tergantung di pokok, tetapi di tanah, di tepi bangunan dan pagar. Selama berpuluh-puluh tahun anak patung itu dibiarkan terdedah menyebabkan ia mula mereput.

Image result for pulau anak patung di mexico

Penduduk di daerah itu percaya pulau itu berhantu selepas seorang budak perempuan mati di lokasi berkenaan kira-kira 50 tahun lalu. Mayat kanak-kanak itu dijumpai seorang lelaki, Julian Santana Barrera yang tinggal seorang diri di pulau berkenaan. Barrera mendakwa mayat budak itu dijumpai hanyut di terusan bersama anak patungnya. Sejak itu, Barrera diganggu dengan jeritan dan bayangan kanak-kanak berkenaan yang berjalan di hutan.

Kerana tidak tahan dengan gangguan itu, Barrera menggantung anak patung milik mangsa di pokok sebagai menghormatinya. Barrera kemudian menggantung ratusan anak patung lagi untuk mententeramkan roh kanak-kanak berkenaan.
Lelaki itu terus tinggal seorang diri di pulau terpencil berkenaan sehingga dia dijumpai mati secara misteri pada 2011.

Mayat Barrera dijumpai terapung di terusan yang sama dia menemui mayat budak perempuan itu. Sehingga kini, penduduk dan pengunjung yang melawat pulau itu mendakwa masih mendengar suara orang menjerit.

Sehingga kini, penduduk dan pengunjung yang melawat pulau itu mendakwa masih mendengar suara orang menjerit dan kadangkala anak patung seperti berbisik serta merenung ke arah mereka.
Ramai pengunjung juga membawa anak patung ­untuk diletakkan di pulau berkenaan sebagai penghormatan kepada roh di lokasi itu.

BERANI ??? DATANGLAA










1.  PERLANCONGAN KE ANGKASA LEPAS
Image result for pelancongan ke angkasa lepas

Kini anda tidak perlu lagi mengambil kursus untuk menjadi seorang angkasawan untuk pergi ke angkasa lepas. Kerana sebuah syarikat angkasa lepas telah menyediakan sebuah pakej percutian ke angkasa lepas jadi bagi anda yang berminat, anda hanya perlu menyediakan sejumlah wang untuk melanggani pakej percutian ini. 

Anda akan merasai pengalaman seorang angkasawan kerana apa yang seorang angkasawan lakukan sebelum perlepasan akan anda lakukan dengan prosuder yang sama. Anda akan berada di angkasa lepas selama 5 hari sebelum mendarat semula ke bumi.

Sehingga kini, telah 7 orang telah melanggani pakej percutian ini. Nilai percutian ini adalah mencecah sehingga AS$ 200 000 



Jadi kepada anda yang telah membaca artikel ini berikan komen dan pendapat anda. Terima Kasih (: 




Comments

Anonymous said…
Casino Site - Lucky Club Casino UK
Play at the best UK Casinos with Lucky Club Casino UK online. No deposit bonus codes, free spins, win real money, and much more! luckyclub Rating: 4 · ‎4 votes