Dugaan Di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah bertemu lagi kita kembali dengan bulan yang penuh dengan barakah dan keistimewaan. Bulan yang mana al-quran diturunkan, bulan yang menjadi rebutan semua para muslimin & muslimat untuk menggandakan pahala. Korang yang membaca tue jangan tak puasa pulaa ..

Disini admin nak share sikit laa tentang pandangan admin terhadap beberapa dugaan yang biasa dilalui oleh kaum muslim di dunia ini ketika menyambut bulan ramadhan.. Sedikit saya nak kata bahwa perkongsian ini tidaklah terlalu serius cuma hanya nak berkongsi sahaja laa ..

5. Bazaar Ramadhan

Ini adalah salah satu dugaan yang lazim dialami oleh orang muslim terutamanya orang Malaysia laa... Apa tidaknya di bulan puasa inilah peluang untuk kita berpuasa menahan nafsu dari makan dan minum secara umumnya. Tapi sudah budaya orang islam di Malaysia akan bersedia dengan duit yang banyak untuk membeli juadah untuk berbuka di baazar.

Dugaan yang admin maksudkan disini ialah dugaan untuk berjimat ketika berbelanja di baazar itu. Bukan apa ?? tak salah pun jika nak melabur di baazar tue tapi kenalah berpada-pada. Ini tak pergi baazar tue, nampak itu nak beli, nampak ini pun nak beli.. Nanti beli banyak-banyak bawa balik rumah, yg si isteri ataupun emak sudah pun hidangkan juadah berbuka, lepastu makanan yang dibeli tak habis dimakan waktu berbuka sebab sudah terlalu kenyang .. Tidakkah itu sudah membazir..

Oleh itu, admin nak bagi tips sikitlah kalau nak pergi baazar tue pastikan siap-siap bawa duit secukupnya dan jangan bawa lebih-lebih. Selain itu pastikanlaa yang orang rumah masak apa nnti berbuka supaya kita dapat set apa yang nak dibeli untuk mencukupkan hidangan tersebut.. Jangan nak beli ayam sajaa, belila kuih-muih sedikit sebab biasanya orang rumah tak sempat untuk buat kuih untuk berbuka kann .. Kalau manisan lagi cukupla sekadar ABC dua ikat ataupun yang sewaktu dengannya, adalaa juga pakai 3 ringgit begitu, jimat ckit kann..

4. Pakaian Wanita di Bulan Ramadhan

Yang ini admin yakin bahawa semua lelaki pernah rasa, time bulan puasa nie laa kita nak jaga pandangan kita tapi bila pergi jalan-jalan pasti nampak wanita yang berpakaian seksi dan jarang itu.. Fuhh nasib bulan puasa, kalau takk hrmmm..

Perempuan itupun kalau sudah stail kamu yang tak bertudung tue pun kalau boleh, kalau nak keluar dari rumah tue pakailaa yang bertutup dan sopan sikit sebab banyak mata memandang .. Respect laa saudara-saudara lelaki yang berpuasa tue ... Juga lagi satu janganlaa post gambar2 yang tidak sopan di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.. Ini tak caption selamat berpuasa, sekali gambar ish3 .. Allah sjalah yang tau ...

Bukan nak jaga tepi kain orang tapi kalau tak ditegur makin melarut nnti lain jadinyaa .. Cubalaa sekali sekala keluar daari rumah nak pergi ke pasar tue pakai tudung kan maniss .. Dan yang lelaki pula sudah tau berpuasa tue jaga2 sikit laa kalau buka internet tue .. Faham laa semuanya dihujung jari anda kann tapi nanti diakhirat tue matahari cuma sejengkal dari kepala kita tauu..

3. Lagu Raya Di Awal Bulan Ramadhan

Ini yang kekadang membuatkan admin geram sikit, first day ramadhan, admin pergi ke mall nak beli barang sikit, kebetulan pula masa itu mall tue pasang lagu raya M.Nasir (Satu Hari Di Hari Raya) .. Yang saya terus tengok itu pekedai dengan renungan tajam sambil berfikir "first day ramadan kau sudah sambut raya, kau gila kaa apa ??"

Dan admin yakin semua tempat pun begitu, radio pun lagi xberapa betul otaknya 1st ramadan sudah pasang lagu Balik Kampung ... Oiii orang masih kerja kau pasang lagu camtue xda feel langsung.. Lain laa kalau dah nak seminggu nak raya kau pasanglaa lagu raya sebab memang dah sampai pun feel raya tuee .. Sepatutnya awal ramadhan nie pasanglah lagu nasyid bertemakan ramadhan barula orang sedar yang mereka tengah berpuasa.. Zikir kaa, ceramah agama kaa .. Kan ada faedah sikit.

Kalau untuk promoting lagu raya baru tue lainlaa, itu bergantung dengan orang ramai nak dengar ke tak, tapi kalau admin memang tak layan la sebab lagu raya baru nie tak best langsung tak macam lagu dulu-dulu nyanyian Dato Siti, M.Nasir dan bla bla bla...

2. Iklan makanan kat TV

Konfem korang pernah dalam jam 1 petang begitu, sedang menonton tv tiba-tiba keluar iklan mcd, kfc, whiskas dan apa-apa lagi yang sewaktunya dan korang berliur melihatnyaa .. Jaga-jaga nanti boleh batal puasa korang tau kalau terlampau menghayati makanan itu..

Tidak boleh salahkan siapa-siapa cuma kita sebagai insan itu kenalah pandai kawal keadaan, kalau sudah channel tue iklan kejap bukalah channel lain.. Kalau tak pun tutuplah tv tue dan pergi mengaji kasih tambah sikit amal tue.. Sorry deep .. Memang iklan makanan nie biasa sahaja dihari biasa ataupun bulan-bulan yang lain tapi bila di bulan ramadhan iklan nie akan nampak luar biasa sikit.. haha ... Syukur laa admin tak bayar bil astro jadi handset sja laa jadi tatapan ..

1. Lapar Sebab Tak Sahur

Ini biasa dialami oleh admin sendiri semasa admin di Kolej Kediaman.. Malas nak bangun sahur sebab dewan makan terlalu jauh lagipun memang mengantuk jadi tinggal sajalah ... Sekali habis class balik hostel meniarap balik dorm sebab kelaparan betul. Sampai waktu berbuka macam mayat hidup sajaaa .. haha .. Pengalaman sudah ..

Korang pernah rasa juga  kah ?? pasti ramai yang pernah kann .. Ada yang sampai tak tahan terus berbuka padahal baru jam 2 petang .. Ishx3 ..

Itulaa kenapa kita diharuskan bersahur sebab besar kelebihannya bersahur nie walaupun sekadar segelas minuman sahaja .. Mengikut kajian laa makan pagi nie adalah sesuatu yang penting untuk membekalkan tenaga kepada individu terutamanya pada kanak-kanak.. Disunatkan mengambil sahur tue lewat-lewat sikit barulaa tenaga tue fresh .. Lepas makan tue janganlah terus tidur, direct laa solat subuh kalau sudah sampai waktu..

P/S Begitulah apa yang admin cuba nak kongsikan pada amda yang membaca.. Jadi puasa nie bukan sahaja bermaksud menahan lapar dan dahaga malah menahan mata, mulut, tangan dan nafsu serta apa-apa perkara yang membatalkan puasa.. Puasa laa dengan seikhlas nyaa in sha allah puasa kita diterima oleh Allah SWT .. Kepada yang malas puasa tue ingatlah mati tue didepan mata bila-bila sahaja boleh sampai dengan kamu.. Kepada yang puasa tue banyak-banyakkanlah amalan baik untuk menambah lagi pahala, pahala dilipat gandakan dibulan ramadhan ini ..  TERIMA KASIH ..

Comments